KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar hari ini berkenaan melawat pameran solo dua pelukis tempatan, Ronnie Mohamad dan Tony Ng di Galeri Prima hari ini.
Baginda tiba di Galeri Prima di Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP), di sini kira-kira jam 4 petang, sebelum meluangkan masa menyaksikan keunikan hasil karya kedua-dua pelukis itu.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan masa mewarnakan batik yang masih dalam proses pembuatan di galeri terbabit.
Pameran solo terbabit dijadual berlangsung sehingga 25 November ini dengan Tony menampilkan 32 hasil karya beliau bertemakan 'Ukiran' yang berasaskan motif batik serta ukiran di Asia Tenggara.
Beliau mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan koleksi 32 karya itu.
Sementara Ronnie mempertaruhkan koleksi 12 karya beliau bertemakan 'Playground' yang mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.
Beliau yang juga anak kelahiran Johor menggunakan medium arang atas linen dengan karya bermotifkan sukan rakyat.