Selasa, 15 November 2022 | 3:32pm
Kerajaan boleh menggabungkan langkah proaktif dalam menangani masalah ini seperti penggunaan pengurangan kemudaratan tembakau. - FOTO Hiasan
Kerajaan boleh menggabungkan langkah proaktif dalam menangani masalah ini seperti penggunaan pengurangan kemudaratan tembakau. - FOTO Hiasan

Kaedah pengurangan kemudaratan pilihan lebih selamat

PEMBUBARAN Parlimen pada 10 Oktober lalu telah membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih pemimpin yang diyakini mereka.

Antara golongan pengundi utama yang menjadi kelompok tarikan pemimpin adalah rata-rata dari generasi muda terutama apabila Undi 18 dilaksanakan memberi hak kepada pengundi berumur 18 tahun untuk mengundi. 

Oleh itu, harapan utama bagi pemimpin melalui manifesto mereka selain isu ekonomi, isu kesihatan juga perlu diketengahkan berikutan pencegahan dan rawatan bagi penyakit seperti penyakit tidak berjangkit (NCD), kesihatan mental dan populasi yang semakin tua.

Menurut laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO), kerajaan Malaysia berbelanja sebanyak RM9.65 billion setiap tahun untuk merawat NCD1.

Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan data tahun 2017 yang diperoleh daripada jumlah penjagaan hospital, ujian perubatan, ubat-ubatan yang ditetapkan dan perundingan penjagaan primer.

Oleh itu, kerajaan boleh menggabungkan langkah proaktif dalam menangani masalah ini seperti penggunaan pengurangan kemudaratan tembakau untuk mengurangkan jumlah perokok di Malaysia.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendapati meskipun berhenti merokok merupakan cara terbaik namun ramai perokok gagal melaksanakannya2. 

Terdapat hampir 438,000 perokok mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun, termasuk paru-paru dan kanser, dan penyakit kardiovaskular3. 

Kira-kira 90 peratus daripada semua kematian akibat penyakit paru-paru obstruktif dan NCD kronik adalah disebabkan oleh merokok. 

Kajian sama mendapati merokok dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, termasuk strok, serangan jantung, penyakit vaskular, dan aneurisme. 

Di Amerika Syarikat, merokok menyebabkan penyakit jantung koronari iaitiu penyebab utama kematian dimana perokok mempunyai dua ke empat kebarangkalian berkemungkinan menghidap penyakit jantung koronari berbanding bukan perokok.

Berdasarkan rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Dunia mengenai Kawalan Tembakau (FCTC), menangani wabak tembakau dilihat paling berkesan melalui tindak balas dasar seperti cukai tembakau, tempat awam bebas asap rokok dan larangan pengiklanan, promosi dan penajaan tembakau. 

Terdapat pilihan lebih selamat yang dikatakan dapat membantu golongan perokok iaitu menerusi pengurangan bahaya tembakau yang melibatkan penggunaan sumber alternatif nikotin termasuk produk tembakau pemanasan tanpa pembakaran4

Institut Perubatan, Akademi Sains Kebangsaan, memberi takrifan pengurangan bahaya penggunaan tembakau sebagai pengurangan kemudaratan dalam mengurangkan jumlah kematian dan morbiditi berkaitan tembakau5.

Kajian sama turut mendapati nikotin tidak memudaratkan kesihatan dan terapi penggantian nikotin (NRT) dianggap jauh kurang berbahaya daripada merokok6.

Data daripada kajian penyelidikan di Sweden dan A.S. menolak tanggapan bahawa penggunaan tembakau tanpa pembakaran membawa kepada pertambahan aktiviti merokok di Sweden, namun sebaliknya kerana Sweden mempunyai kadar penyakit berkaitan tembakau yang paling rendah di Eropah7

Penggunaan nikotin boleh membantu para perokok tetapi hanya sebagai pilihan untuk berhenti merokok dalam masa sama mengakui keperluan yang jelas untuk mencari jalan untuk mengurangkan bahaya di kalangan perokok semasa.

Analisis kajian epidemiologi, seperti yang dijalankan di Sweden, menyokong penggunaan nikotin sebagai usaha berhenti merokok8.

Justeru, ini akan memudahkan pengguna untuk beralih kepada produk alternatif yang terbukti kurang berisiko berbanding rokok. 

Namun, penggunaan nikotin tidak bebas daripada risiko.Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan Amerika Syarikat menjelaskan nikotin boleh menyebabkan ketagihan sekiranya digunakan dalam kadar kompulsif9

Kajian juga membuktikan bagaimana nikotin bertindak memberi kesan kepada otak yang membawa kepada ketagihan. 

Perlu diingatkan bahawa walaupun terapi penggantian nikotin boleh membantu mengurangkan kesan farmakologi terhadap pengguna tetapi  kesan ketagihan mesti diambil kira.

Namun, pakar turut mencadangkan satu peratus individu perokok kepada penggunaan sumber nikotin yang kurang berbahaya berpotensi dapat menyelamatkan sekitar 60,000 ribu nyawa dalam 10 tahun10

Kolej Perubatan Diraja UK menyatakan bahawa terapi penggantian nikotin tidak meningkatkan kejadian kardiovaskular akut atau kematian mengejut atau pada pesakit kardiovaskular yang sedia ada. 

Selain itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) tidak menganggap nikotin sebagai penyebab dan toksik kardiovaskular. 

Penggunaan produk pemanasan tanpa pembakaran (HNB) adalah lebih biasa di kalangan orang muda serta bekas atau perokok semasa, dan sebab yang paling biasa untuk digunakan adalah persepsi bahawa mereka kurang berbahaya daripada tembakau lain11.

Majoriti penggunaan HNB adalah dikalangan bekas dan perokok tembakau semasa, yang selaras dengan penggunaan pertumbuhan awal e-rokok.

Peranti seperti produk pemanasan tanpa pembakaran menghapuskan proses pembakaran dan dibuktikan secara saintifik oleh institusi kesihatan awam untuk mengurangkan pembebasan bahan kimia berbahaya dan berpotensi berbahaya sebanyak 95%.

Oleh itu, kerajaan boleh mendalami konsep pengurangan kemudaratan tembakau semasa ingin menggubal dasar-dasar kesihatan awam agar dapat mengurangkan kadar merokok dan jumlah pesakit yang menghidap penyakit NCD. 

Rujukan 

1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/08/20/rm9-billion... jaya%3a%20the%20 government%20 spends,and%20the%20world%20health%20organization.

2. Hughes, J.R., Keely, J., Naud, S., 2004. Shape of the relapse curve and long-term abstinence among untreated smokers. Addiction 99 (1), 29–38.

3. Centers for Disease Control and Prevention, 2005: Annual smoking-attributable mortality and years of potential life lost, and productivity losses – United States. MMWR 54:625-628. 1997– 2001

4. Russell MAH: Realistic goals for smoking and health: a case for safer smoking. Lancet 1974, 1:254-258.

5. Stratton K, Shetty P, Wallace R, Bondurant S, (eds): Clearing the smoke. Assessing the science base for tobacco harm reduc- tion. Institute of Medicine. National Academy Press, Washington, DC; 2001.

6. Murray RP, Bailey WC, Daniels K, Bjornson WM, Kurnow K, Connett JE, Nides MA, Kiley JP: Safety of nicotine polacriliex gum used by 3,094 participants in the Lung Health Study. Chest 1996, 109:438-445.

7. Bates C, Fagerstrom K, Jarvis MJ, Kunze M, McNeill A, Ramström L: uropean Union policy on smokeless tobacco: a statement in favour of evidence based regulation for public health. Tobacco Control 2003, 12:360-367.

8. Furberg H, Bulik CM, Lerman C, Lichtenstein P, Pedersen NL, Sullivan PF. Is Swedish snus associated with smoking initiation or smoking cessation? Tobacco Control. 2005; 14(6):422–424. [PubMed: 16319367]

9. National Institute on Drug Abuse; National Institutes of Health; U.S. Department of Health and Human Services.

10. Lewis, S., Arnott, D., Godfrey, C., & Britton, J. (2005). Public health measures to reduce smoking prevalence in the UK: How many lives could be saved? Tobacco Control,14, 251–254.

11. Vardavas CI, Filippidis FT, Agaku IT. Determinants and prevalence of e-cigarette use throughout the European Union: a secondary analysis of 26 566 youth and adults from 27 Countries. Tob. Control 2014;24 [Internet]442 LP 448 Available from: http://tobaccocontrol.bmj.com/content/early/2014/12/04/tobaccocontrol- 2013-051394.abstract.

Berita Harian X