Isnin, 7 November 2022 | 4:51pm
Perdana Menteri yang juga calon Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) diiringi calon BN Dun Guai, Datuk Sabariah Saidin bersama jentera Wanita BN ketika Program Moh Ngeteh Bersama Rakyat di Bilik Gerakan PDM Felda Kumai, Bera sempena Pilihanraya Umum ke-15. - Foto Hairul Anuar Rahim

Pelbagai agenda pembangunan kerajaan menanti warga FELDA - Ismail Sabri

BERA: Pelbagai agenda pembangunan, ekonomi dan pendidikan akan terus dilaksanakan oleh kerajaan kepada warga FELDA di negara ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, Perdana Menteri menegaskan, secara peribadi, sokongan yang diberikan warga FELDA kepada dirinya, tidak boleh dinafikan sejak beliau mula menjadi Ahli Parlimen Bera empat penggal lalu.

"Pelbagai agenda pembangunan, ekonomi dan pendidikan, akan terus dilaksanakan buat warga FELDA.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.090 Bera beramah mesra dengan masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Felda Sebertak hari ini. - Foto BERNAMA

"Banyak lagi yang saya dan Barisan Nasional (BN) akan laksanakan di FELDA, termasuk pelbagai insentif yang sudah diperkenalkan bagi memastikan warganya tidak berasa terpinggir," katanya ditemui selepas Program Jom Ngeteh bersama warga FELDA Kumai di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri menyifatkan, Pakatan Harapan (PH) bukan kerajaan yang mementingkan agenda dan kepentingan Islam serta Melayu dan Bumiputera.

Katanya, BN adalah sebuah kerajaan yang mementingkan agenda memperkasakan Melayu, Islam tetapi dalam masa sama terus membantu kaum lain.

Ismail Sabri berucap pada program ‘Walkabout Parlimen Titiwangsa’ di kawasan Perumahan Awam Seri Perlis 2 yang turut dihadiri Johari (kanan), malam tadi. - FOTO BERNAMA
Ismail Sabri berucap pada program ‘Walkabout Parlimen Titiwangsa’ di kawasan Perumahan Awam Seri Perlis 2 yang turut dihadiri Johari (kanan), malam tadi. - FOTO BERNAMA

"Satu undi untuk PH adalah satu undi untuk DAP yang meminggirkan Melayu, Islam dan Bumiputera. Kalau kita yakin DAP akan pertahankan Islam dan orang Melayu, kita silap dan jangan mengundi PH.

"Kita harus memastikan BN kembali memerintah dan agenda memperkasakan semua kaum akan dikekalkan," katanya

Berita Harian X