JOHOR BAHRU: Seramai 96 calon dari tujuh parti politik dan Bebas bertanding di 26 Parlimen seluruh Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Mengikut Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lima calon Bebas turut bertanding di empat Parlimen iaitu dua di Parlimen Ledang dan masing-masing seorang di Parlimen Bakri, Kluang serta Mersing.
Katanya, daripada jumlah 96 calon itu, calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Mersing, Fatin Zulaika Zaidi
adalah calon paling muda iaitu berusia 27 tahun.
"Manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga calon Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu paling berusia.
"PRU15 di Johor turut menyaksikan Parlimen Ledang mencatatkan pertembungan paling ramai calon iaitu enam penjuru.
"Calon Parlimen Ledang ialah Hamim Samuri (Barisan Nasional), Rafidah Ridwan (PEJUANG), Syed Ibrahim Syed Noh (Pakatan Harapan), Zaidi Abd Majid (PN), Yunus Mustakim (Bebas) dan Zainal Bahrom A Kadir (Bebas)," menurut statistik itu.
Statistik SPR juga menunjukkan, berlaku pertembungan tiga penjuru di 13 Parlimen seluruh Johor iaitu Labis, Pagoh, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sembrong, Pengerang, Tebrau, Kota Tinggi, Pulai, Iskandar Puteri, Kulai dan Tanjung Piai.
Sembilan Parlimen mencatatkan pertandingan empat penjuru iaitu Segamat, Bakri, Sri Gading, Simpang Renggam, Kluang, Tenggara, Pasir Gudang, Johor Bahru dan Pontian.
Pertembungan lima penjuru pulai di Mersing, Batu Pahat dan Sekijang.