Sabtu, 5 November 2022 | 10:19am
Calon AMANAH bagi Parlimen Titiwangsa P119 Khalid Abdul Samad (dua, kiri) bersama calon Gerakan Tanah Air (GTA) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (dua, kanan) masing-masing mengemukakan kertas pencalonan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. - Foto BERNAMA

Proses penamaan calon tutup, kempen bermula

PUTRAJAYA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila semua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada jam 10 pagi ini.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Sebaik pengisytiharan calon bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 November nanti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dijangka mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini di Menara SPR, di sini, bagi merumuskan proses penamaan calon di seluruh negara.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. – BERNAMA

Keempat-empat calon Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang) bergambar bersama di dalam dewan Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh. - Foto NSTP

Calon BN Parlimen Titiwangsa P119 Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) mengemukakan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X