Sabtu, 5 November 2022 | 10:00am

PRU15: Penyokong BN, PN berbalas ejekan di Pagoh

PAGOH: Suasana di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh di sini, sedikit tegang selepas penyokong parti bertanding melaungkan perkataan penyamun, perompak dan katak

Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bersorak dan berbalas 'ejekan' itu antara satu sama lain.

Keadaan itu berlaku selepas penyokong PN melaungkan perkataan penyamun dan perompak sebelum dibalas penyokong BN dengan melaungkan perkataan katak.

Biarpun ditempatkan secara bersebelahan dengan penjarakan kira-kira lima meter, keadaan masih terkawal dengan anggota polis ditempatkan di kawasan terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, suasana ruang berhimpun penyokong PH tidak semeriah penyokong BN dan PN apabila hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Terdahulu, tiga calon kerusi Parlimen Pagoh masing-masing dari PN, BN dan PH tiba di pusat penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan.

Penyandang kerusi itu yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terawal menyerahkan borang pencalonannya sebaik pusat penamaan dibuka.

Calon PH pula, Iskandar Shah Abd Rahman menjadi individu kedua tiba di pusat penamaan calon diikuti calon BN, Datuk Seri Razali Ibrahim.


Suara Kita

Calon PN Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Muar Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Calon PN Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Muar Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Berita Harian X