Jumaat, 4 November 2022 | 12:20am
Calon PN Perlis tekad untuk rampas Perlis dengan kehadiran penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam PRU kali ini. - NSTP/Aizat Sharif
Calon PN Perlis tekad untuk rampas Perlis dengan kehadiran penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam PRU kali ini. - NSTP/Aizat Sharif

Penyertaan Shahidan mampu lonjakan sokongan terhadap PN

KANGAR: Penyertaan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis serta penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengisi slot calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mampu membangkitkan sokongan rakyat Perlis terhadap PN.

Pengerusi PN Perlis, Shukri Ramli, berkata faktor Shahidan ini mampu membangkitkan perubahan besar dari segi sokongan terhadap gabungan itu di seluruh Perlis.

"Saya rasa satu kemungkinan besar kehadiran Shahidan bersama PN ini akan bawa satu perubahan besar kepada negeri Perlis.

"Malah, dalam program yang dibuat oleh bakal calon PN ini, sambutan dalam kalangan anak muda mendapat sambutan baik.

"Selain itu, saya yakin bahawa PN akan dapat merampas Perlis jika 'trend' baharu ini diteruskan sampai 19 November nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon PN Perlis di Kompleks PAS Negeri Perlis, di sini.

Katanya, dengan perkembangan positif ini, pihaknya ingin mencorakkan semula Perlis dengan pentadbiran yang lebih efisien.

Shahidan sebelum itu diperkenalkan sebagai calon PN yang akan bertanding di Parlimen Arau mengisi slot yang dikosongkan oleh gabungan parti itu sebelum ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (kiri) mengumumkan Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) pada PRU15 di Majlis Pengisytiharan di Dewan Tok Guru Rusila Marang, malam ini. - NSTP/Ghazali Kori
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (kiri) mengumumkan Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) pada PRU15 di Majlis Pengisytiharan di Dewan Tok Guru Rusila Marang, malam ini. - NSTP/Ghazali Kori

Terdahulu, Shukri memperkenalkan 13 daripada 15 calon PN yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU kali ini.

Daripada 15 kerusi berkenaan, lapan kerusi diperuntukkan kepada PAS manakala tujuh kerusi adalah untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Hanya kerusi DUN Sena dan Kayang yang akan diumumkan esok.

Turut hadir adalah Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU Negeri Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Naib Pengerusi 1 PN Perlis.

Senarai calon PN Perlis bagi PRU15:

P001 Parlimen Padang Besar

Datuk Rushdan Rusmi (PAS)

N01 Titi Tinggi

Izizam Ibrahim (BERSATU)

N02 Beseri

Haziq Asyraf Dun (PAS)

N03 Chuping

Saad Seman (PAS)

N04 Mata Ayer

Wan Badariyah Wan Saad (PAS)

N05 Santan

Azmir Azizan (PAS)

P002 Parlimen Kangar

Zakri Hassan (BERSATU)

N06 Bintong

Fakhrul Anwar Ismail (PAS)

N07 Sena

Akan diumumkan

N08 Indera Kayangan

Pramoot a/l Puan (BERSATU)

N09 Kuala Perlis

Abu Bakar Hamzah (BERSATU)

N10 Kayang

Akan diumumkan

P003 Parlimen Arau

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN)

N11 Pauh

Megat Hashirat Hassan (BERSATU)

N12 Tambun Tulang

Wan Zikri Afthar Ishak (BERSATU)

N13 Guar Sanji

Redzuan Hashim (PAS)

N14 Simpang Empat

Razali Saas (PAS)

N15 Sanglang

Mohd Shukri Ramli (PAS)

Berita Harian X