KANGAR: Berbeza dengan nasib Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang digugurkan daripada pencalonan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), adik beliau sebaliknya dikekal untuk bersaing mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang yang disandangnya.
Datuk Ismail Kassim ialah antara 10 penyandang dipertaruhkan sebagai calon bersama lima lagi muka baharu yang bakal membawa cabaran BN bertanding di 15 kerusi DUN di Perlis pada pilihan raya kali ini.
Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata calon muka baharu ditampilkan untuk berebut kerusi DUN Pauh, Indera Kayangan, Sena, Kuala Perlis dan Sanglang.
"Kebanyakan penyandang kerusi DUN yang terdiri daripada barisan EXCO Perlis sebelum ini pula dikekalkan bertanding di kawasan sama, kecuali Rozieana Ahmad yang berpindah dari DUN Pauh ke DUN Guar Sanji
"Secara keseluruhan, 44 peratus termasuk kerusi Parlimen adalah dibarisi calon muda yang dilihat memiliki kriteria dikehendaki BN Pusat," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN Perlis di Kompleks DUN Perlis, di sini, malam tadi.
Azlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan Ketua UMNO Bahagian Kangar memaklumkan, beliau akan turut mempertahankan kerusi DUN Bintong pada PRU15.
Senarai calon BN Perlis pada PRU15
P001 PADANG BESAR
- Datuk Zahida Zarik Khan (UMNO)
N01 TITI TINGGI
- Teh Chai Aan (MCA)
N02 BESERI
- Ruzaini Rais (UMNO)
N03 CHUPING
- Asmaiza Ahmad (UMNO)
N04 MATA AYER
- Siti Berenee Yahya (UMNO)
N05 SANTAN
- Azizan Sulaiman (UMNO)
P002 KANGAR
- Datuk Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
N06 BINTONG
- Datuk Seri Azlan Man (UMNO)
N07 SENA
- Saiful Daniel Mohd Yusof (UMNO)
N08 INDERA KAYANGAN
- Lim Weng Kee (MCA)
N09 KUALA PERLIS
- Kamaruddin Malik (UMNO)
N10 KAYANG
- Hamizan Hassan (UMNO)
P003 ARAU
- Datuk Rozabil Abd Rahman (UMNO)
N11 PAUH
- Syed Atief Syed Abu Bakar (UMNO)
N12 TAMBUN TULANG
- Datuk Ismail Kassim (UMNO)
N13 GUAR SANJI
- Rozieana Ahmad (UMNO)
N14 SIMPANG EMPAT
- Nurulhisham Yaakob (UMNO)
N15 SANGLANG
- Sharipudin Ahmad (UMNO)