Selasa, 1 November 2022 | 10:45pm
Kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh sama ada kekal di Tanjong Karang atau digugurkan belum diketahui. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
Kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh sama ada kekal di Tanjong Karang atau digugurkan belum diketahui. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD

Kerusi Tanjung Karang belum diumumkan BN

KUALA LUMPUR: Calon bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak diumumkan malam ini oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada penyandangnya yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dikekalkan atau digugurkan.

Sebelum ini, tular senarai 10 pemimpin 'heavyweight' BN yang digugurkan sebagai calon pada PRU15 termasuk Noh, selain empat Menteri Kabinet lain.

Tempat Noh dikatakan bakal diganti oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof.

Selain itu, turut tidak diumumkan calon oleh BN ialah di Parlimen Kuala Pilah, Kuala Nerus dan Jempol.

Berita Harian X