Selasa, 1 November 2022 | 5:32pm
Bagi pengguna dengan minat mendalam terhadap bidang fotografi, telefon pintar ini adalah pilihan tepat buat anda. - FOTO Xiaomi
Bagi pengguna dengan minat mendalam terhadap bidang fotografi, telefon pintar ini adalah pilihan tepat buat anda. - FOTO Xiaomi

Abadikan pengalaman melancong dengan siri Xiaomi 12T Pro baharu

MELANCONG ke sesebuah tempat akan menjadi lebih bermakna sekiranya pengalaman itu dapat diabadikan dan dirakamkan sebagai kenangan untuk masa hadapan. 

Peranti dengan kamera yang baik bukan hanya membantu menjadi teman perjalanan tetapi membantu mempertingkatkan pengalaman melancong.

Apabila melancong, anda mungkin akan melawat kawasan yang indah yang jarang anda lihat di kawasan biasa. 

Oleh itu, peranti dengan kamera yang canggih sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan keindahan dan kecantikan tempat yang dilawati. 

Antara ciri-ciri istimewa peranti dengan kamera canggih yang patut dimiliki oleh setiap individu adalah siri Xiaomi 12T Pro yang menjanjikan pengalaman bergambar seperti seorang jurugambar profesional. 

1. Cipta momen mega 

Telefon pintar siri baharu Xiaomi 12T Pro dilengkapi sistem pengimejan 200MP yang pertama di Malaysia. 

Bagi pengguna dengan minat mendalam terhadap bidang fotografi, telefon pintar ini adalah pilihan tepat kerana anda boleh merakam foto secara jelas.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga menampilkan kamera Xiaomi ProCut dan Ultra burst yang menyokong tangkapan video 8K dalam resolusi penuh yang bakal membantu anda menghasilkan karya setaraf profesional. 

Siri ini juga dilengkapi teknologi penjejakan Xiaomi ProFocus AI yang menggabungkan fokus penjejakan pergerakan dan fokus penjejakan mata yang membantu anda menjejaki objek bergerak dengan lebih jelas. 

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang melancong terdapat pelbagai landskap indah dengan perincian seperti alam semula jadi, gunung ganang dan air terjun. 

Melalui siri Xiaomi 12T Pro juga dilengkapi ciri dan teknologi termaju menjadikan gambar dan video yang dihasilkan seindah melihat dengan mata sendiri. 

Hasil gambar juga setanding jurugambar profesional dan sedikit sebanyak dapat memudahkan proses anda untuk berkongsi pengalaman ini dengan individu lain seterusnya memberi inspirasi kepada mereka untuk turut sama mengembara.

2. Prestasi ketara, kuasa optimum

Peranti ini dilengkapi pemproses Snapdragon® 8+ Gen 1 oleh Qualcomm serta SoC 4nm, memberikan kuasa kepada pemprosesan imej, dan kecekapan. 

Ia membolehkan peningkatan prestasi yang ketara sambil mengurangkan penggunaan kuasa secara drastik, menyediakan hayat bateri yang lebih baik dan mengurangkan penggunaan kuasa kedua-dua CPU dan GPU. 

Di samping cipset cekap kuasa, peranti ini juga hadir dengan kombo bateri dan pengecasan luar biasa. 

Dilengkapi sistem terma 125 peratus lebih besar, Xiaomi 12T Pro mempunyai hayat bateri dengan bateri 5,000mAh dan 120W HyperCharge. 

Pengguna boleh menikmati masa hidup skrin sehingga 13.5 jam dan caj sehingga 100 peratus dalam masa 19 minit sahaja. 

Melalui teknologi ini, pengguna boleh menjadikan siri telefon pintar ini sebagai teman menggembara yang terbaik anda!

3. Pengalaman teknologi mesra pengguna

Bagi pengguna yang tidak biasa dengan peranti Xiaomi, jangan risau kerana peranti ini dibina khusus dan menjanjikan pengalaman teknologi mesra pengguna. 

Telefon ini turut dilengkapi pengalaman tontonan mega dengan skrin paparan 6.67 inci CrystalRes AMOLED Xiaomi 12T Pro beresolusi 1220p dan lebih 68 bilion warna, direka dengan sempurna untuk mengimbangi kejelasan, butiran berwarna-warni dan kecekapan kuasa.

Selain paparan cantik, peranti ini juga hadir dengan ciri penyesuaian pintar, termasuk paparan Adaptive Sync untuk melaraskan kadar penyegaran secara dinamik, dan Adaptive Mod membaca untuk mengurangkan jumlah cahaya biru yang dipancarkan untuk keselesaan mata semasa tempoh penggunaan yang berpanjangan. 

Selain itu, peranti ini juga menampilkan warna lebih cerah dan kontras melalui Adaptive True Display dan Adaptive HDR.

Tempah Xiaomi 12T Pro sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan siri Xiaomi 12T baharu yang dibina dengan sistem pengimejan 200MP pertama di Malaysia dalam kamera telefon pintar yang profesional. 

Telefon pintar ini hadir dengan tiga warna iaitu Hitam, Perak dan Biru dengan tiga harga berbeza bersempena Promosi November iaitu Xiaomi 12T – (8GB + 256GB) RM 1,999, Xiaomi 12T Pro – (8GB + 256GB) RM 2,699 dan Xiaomi 12T Pro – (12GB + 256GB) RM 2,999. 

Dapatkan sekarang peranti siri Xiaomi 12T di kedai sah Xiaomi dan saluran e-dagang rasmi Xiaomi Lazada dan Shopee!

Berita Harian X