Jumaat, 28 Oktober 2022 | 11:43pm
Jufitri Joha. - Foto NSTP
Jufitri Joha. - Foto NSTP

PRU15: Jufitri taruhan PKR di Rembau

AMPANG: PKR mempertaruhkan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha untuk bertanding di Parlimen Rembau, sekali gus bakal bertembung dengan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, di Pulau Pinang, dua penyandang iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar serta Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau) akan mempertahankan kerusi yang disandang mereka.

Naib Presiden PKR, Chan Lih Kang pula diumumkan PKR akan mempertahankan Parlimen Tanjung Malim.

Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa yang sebelum ini disebut-sebut bertanding di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan bertanding Pasir Mas.

Berita Harian X