Khamis, 27 Oktober 2022 | 12:01am
Sebahagian kru tempatan yang terperangkap di Gua Tempurung dekat Sahom hari ini,Muhd Aidilfitri Ilias, 20. NSTP/Balqis Jazimah Zahari.
Sebahagian kru tempatan yang terperangkap di Gua Tempurung dekat Sahom hari ini,Muhd Aidilfitri Ilias, 20. NSTP/Balqis Jazimah Zahari.

PM zahir kelegaan kru filem terperangkap selamat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kelegaan selepas mengetahui keadaan terkini 30 kru filem yang diselamatkan selepas terperangkap dalam Gua Tempurung, Perak akibat banjir.

Perdana Menteri berkata, laporan memaklumkan semua mangsa keadaan selamat dan tiada yang mengalami kecederaan.

"Alhamdulillah, saya dimaklumkan oleh Komander Operasi bahawa kesemua 30 mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Terima kasih pasukan penyelamat bomba dan polis Gopeng," katanya dalam kemas kini situasi berkenaan di ruang komen hantaran di Facebook, malam ini.

Terdahulu, mangsa dilaporkan terperangkap di kawasan Gua Tempurung berhampiran Sahom, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat.

Mereka yang terperangkap adalah kru penggambaran filem di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, air naik mendadak di laluan keluar gua berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.

Berita Harian X