Rabu, 26 Oktober 2022 | 3:39pm
Tujuh calon profesional diumum mewakili PKR pada PRU15. (atas dari kiri) Datuk Zainal Azman Abu Seman, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, Nik Omar Nik Aziz dan (bawah dari kiri) Jufitri Joha, Fathin Amelina Fazlie, Saipolyazan Yusop

Anak Nik Aziz, bekas presiden belia, pemegang PhD antara calon profesional PKR

PETALING JAYA: PKR hari ini mengumumkan tujuh calon daripada kalangan profesional, agamawan dan orang muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengumuman dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di sini.

Mereka akan mengisi kuota calon PKR bagi mewakili PH.

Calon terbabit adalah bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman, yang akan bertanding di Perak

Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang akan bertanding di Pahang.

Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga tokoh profesional kelainan upaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - BERNAMA
Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - BERNAMA

Bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz, yang akan bertanding di Perak; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop yang akan bertanding di Selangor.

Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha yang akan bertanding di Negeri Sembilan dan calon muda berusia 28 tahun yang juga doktor falsafah di Universiti Malaya, Fathin Amelina Fazlie yang akan bertanding di Perlis.

Anwar berkata, kawasan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi calon diumum hari ini akan diumumkan pada Jumaat ini.

Beliau berkata, PKR memandang tinggi harapan dan kehendak rakyat supaya parti politik menampilkan gabungan calon dari pelbagai latar belakang yang berwibawa.

Katanya, cabaran mengurus negara yang semakin rumit memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

"PKR sedar bahawa pengundi tidak lagi menilai parti semata-mata tetapi menitikberatkan juga ketrampilan calon dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

"Kita ada 222 Parlimen, berpuluh-puluh lagi kawasan negeri, jadi saya fikir tidak munasabah untuk dipertikai, tokoh yang istimewa dari segi idea mereka, kepakaran, pengalaman, komitmen mereka untuk ditampilkan, ini jelas," katanya.

 Enam daripada calon profesional PKR yang diumumkan Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (dua dari kiri), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (tiga dari kiri), Nik Omar Nik Aziz (tiga dari kanan), Datuk Zainal Azman Abu Seman (tiga dari kanan), Fathin Amelina Fazlie (dua dari kanan) dan Jufitri Joha (kanan). Seorang lagi tidak hadir. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad.

Sementara itu Rafizi berkata, keputusan PKR menampilkan calon profesional dan muda bukan satu pertaruhan sebaliknya ia adalah harapan pengundi yang ingin melihat muka baharu dan berkelayakan ditampilkan.

"Apa yang PKR dah buat sejak 20 tahun lalu ialah kita menerajui usaha untuk mencapai sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tidak ada parti yang membuka percalonan kepada umum, mungkin ada yang tidak gembira tetapi itu yang negara ini perlukan bagi menyuntik kredibiliti dalam politik," katanya.

Berita Harian X