Isnin, 24 Oktober 2022 | 1:52pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran (kanan) di Kota Kemuning, Shah Alam, hari ini. - BERNAMA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran (kanan) di Kota Kemuning, Shah Alam, hari ini. - BERNAMA

Pembubaran Parlimen, PRU15 tak jejas kemeriahan sambutan Deepavali - PM

SHAH ALAM: Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.

"Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya, tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali.

"Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan, malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.

"Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara," kata beliau.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam pada majlis berkenaan yang diadakan di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning, di sini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)

Berita Harian X