Isnin, 24 Oktober 2022 | 11:02am

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

Kedua-dua Seri Paduka menyampaikan ucapan itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada penganut agama hindu," titah baginda berdua.

Berita Harian X