Isnin, 24 Oktober 2022 | 11:00am

Ismail Sabri ucap takziah pemergian ibu Dr Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibu bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Allahyarham Datin Mariah Khamis, awal pagi tadi.

"Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang, di sini. – BERNAMA

Berita Harian X