Khamis, 8 September 2022 | 4:07pm
Bekas Jurugambar Eksekutif The News Straits Press (NSTP), Zaharin Hayon meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang Puteri, kira-kira jam 6 petang semalam.
Bekas Jurugambar Eksekutif The News Straits Press (NSTP), Zaharin Hayon meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang Puteri, kira-kira jam 6 petang semalam.

Bekas Jurugambar Eksekutif NSTP meninggal dunia

KERAMAT: Bekas Jurugambar Eksekutif The News Straits Press (NSTP), Zaharin Hayon meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang Puteri, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Jenazah Allahyarham Zaharin, 60, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Isterinya, Normah Abd Rahman berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka Allahyarham pergi begitu cepat memandangkan tiada sejarah menghidap penyakit kronik.

"Awal pagi semalam arwah mengadu tekak kering, tetapi saya sangka keadaan ini disebabkan cuaca panas.

"Arwah kemudian meminta saya menghantarnya ke klinik, tetapi kami sempat makan dahulu.

"Masa itu keadaannya biasa saja, namun sebaik sampai klinik arwah terus dirujuk ke Hospital Ampang Puteri selepas doktor mengesahkan ia adalah tanda serangan jantung.

"Di hospital arwah masih sempat berbual....tetapi, Allah lebih menyayanginya, dia pergi selepas mendapat serangan jantung yang kedua," katanya.

Anak Allahyarham Zaharin, Nurhaliza, 24, bersama adiknya, Muhammad Amir, 23, menabur bunga di pusara bapa mereka di tanah Perkuburan Islam Keramat Permai. - NSTP/Fathil Asri
Anak Allahyarham Zaharin, Nurhaliza, 24, bersama adiknya, Muhammad Amir, 23, menabur bunga di pusara bapa mereka di tanah Perkuburan Islam Keramat Permai. - NSTP/Fathil Asri

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat untuk dimandi, dikapan dan disolatkan sebelum dikebumikan.

Sepanjang hampir empat dekad dalam dunia fototografi, Allahyarham pernah berkhidmat dengan NSTP selama 21 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat dengan majalah hiburan, Variapop.

Allahyarham Zaharin meninggalkan balu dan dua anak iaitu Nurhaliza, 24, dan Muhammad Amir, 23 tahun.

Berita Harian X