Khamis, 15 September 2022 | 4:35pm
Keadaan rumah penduduk yang masih digenangi air banjir. - NSTP/Essa Abu Yamin
Keadaan rumah penduduk yang masih digenangi air banjir. - NSTP/Essa Abu Yamin

235 mangsa banjir Batu Pahat masih di PPS

BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 235 orang setakat jam 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 68 keluarga di sekitar Sri Gading.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 204 mangsa terdiri daripada 57 keluarga yang dilaporkan terjejas pada jam 8 pagi tadi.

"Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sri Gading.

Datuk Siti Zailah ketika melawat mangsa banjir kilat di PPS SMK Sri Gading, hari ini. - NSTP/Essa Abu Yamin

"Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, banjir berlaku susulan pertembungan hujan lebat bermula jam 1.30 pagi sehingga 4 pagi semalam dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan.

"Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak 1.30 pagi semalam. Cuaca dilaporkan cerah setakat jam 4 petang ini," katanya.

Berita Harian X