Selasa, 23 Ogos 2022 | 7:54am

LANGSUNG keputusan kes rayuan akhir Najib

PUTRAJAYA: Nasib Datuk Seri Najib Razak, dijangka diputuskan hari ini, berhubung rayuan terakhirnya mengetepikan sabitan dan hukuman berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Bekas Perdana Menteri itu mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung keputusan kes rayuan terakhir Najib daripada petugas kami, Ahmad Johari Mohd Ali, Farah Marshita Abdul Patah dan Noor Atiqah Sulaiman; jurugambar, Aswadi Alias, Mohd Fadli Hamzah, Eizairi Shamsudin dan Asyraf Hamzah, serta pasukan multimedia, Asrizal Aris dan Khairus Ramli dari Mahkamah Persekutuan.

5.56 petang: Kelihatan kenderaan hitam Inokom nombor pendaftaran WWE 5869 membawa Datuk Seri Najib Razak meninggalkan mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Kelihatan kenderaan hitam Inokom nombor pendaftaran WWE 5869 membawa Datuk Seri Najib Razak meninggalkan mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Foto NSTP

5.29 petang: Petugas media memenuhi pekarangan luar Penjara Sungai Buloh menunggu Datuk Seri Najib Razak, yang gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Petugas media memenuhi pekarangan luar Penjara Sungai Buloh menunggu Datuk Seri Najib Razak, yang gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Foto NSTP

4:55 petang: Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nazifuddin tiba di Istana Kehakiman sebaik Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

4.27 petang: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak dan mengekalkan sabitan serta hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

4.05 petang: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sedang membacakan penghakiman rayuan akhir.

3.33 petang: Mahkamah sedang mendengar kenyataan Najib sebelum memutuskan rayuan akhirnya.

3.32 petang: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Datuk Seri Najib Razak bertemu penyokong pada rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sesi perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

12.50 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat seketika sebelum memutuskan permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

11.03 pagi: Prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berhenti rehat bagi menunggu dokumen membabitkan permohonan bekas Perdana Menteri itu, melalui notis usul yang difailkan semalam.

Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar terlebih dahulu permohonan Najib supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Najib di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Najib keluar selepas prosiding berhenti seketika. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

9.54 pagi: Peguam Datuk Seri Najib Razak memohon Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mendengar rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu semalam.

9.40: Prosiding rayuan akhir kes SRC International dihadapi Datuk Seri Najib Razak bermula.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Datuk Seri Najib Razak bertemu penyokong pada rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. NSTP/ASYRAF HAMZAH

9.20 pagi: Kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman dengan diiringi anggota polis.Keadaan menjadi sedikit huru-hara apabila penyokong menghalang laluan masuk dan Najib bertindak keluar dari kenderaan.

Suasana di luar Istana Kehakiman pada hari penentuan rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS.

8.41 pagi: Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, tiba di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan terakhir kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, tiba di Mahkamah Persekutuan bagi rayuan terakhir kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC). NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

8.33 pagi: Suasana di luar Istana Kehakiman pada hari penentuan keputusan rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Suasana di luar Istana Kehakiman pada rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. NSTP/ASYRAF HAMZAH

8.30 pagi: Keadaan penyokong yang hadir di mahkamah bagi sesi perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Keadaan penyokong yang hadir di mahkamah bagi sesi perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. NSTP/ASWADI ALIAS.

8.17 pagi: Kelihatan kumpulan penyokong Najib yang difahamkan tiba dengan menaiki lapan bas, mula berkumpul di pintu belakang Istana Kehakiman.

8.12 pagi: Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat tiba di Istana Kehakiman diiringi anggota polis.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik tiba di mahkamah bagi sesi perbicaraan rayuan terakhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

8.05 pagi: Peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik, tiba di Istana Kehakiman

7.30 pagi: Pekarangan Istana Kehakiman kelihatan lengang tanpa kehadiran penyokong, setakat ini. Bagaimanapun kawalan keselamatan di sekitar Istana Kehakiman mula diperketat dengan pagar besi diletakkan di semua pintu keluar dan masuk mahkamah. Setakat ini, hanya petugas media yang dilihat berkumpul untuk memasuki mahkamah.

Keadaan di pekarangan Istana Kehakiman, setakat jam 7.30 pagi tadi.

Berita Harian X