Khamis, 18 Ogos 2022 | 6:44pm
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik

Tarik diri wakili Najib: Ini penjelasan peguam Hisyam Teh

PUTRAJAYA: Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik, menjelaskan beliau memerlukan masa untuk meneliti dokumen sebelum membela anak guamnya itu dalam prosiding rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Namun, permohonan beliau untuk menangguhkan prosiding tidak dibenarkan oleh panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

"Dalam keadaan sebegitu (tanpa peluang menangguhkan prosiding dan masa , pasukan saya tidak boleh secara efektif mewakili Najib.

"Itulah sebabnya, pagi tadi saya membuat permohonan kepada mahkamah untuk menarik diri sebagai peguam utamanya," katanya.

Beliau berkata, sekiranya diberikan waktu yang munasabah seperti diminta, beliau akan kembali dan berhujah satu persatu terhadap pendakwaan

"Itulah perbicaraan yang adil. Namun dalam keadaan sebegini saya tidak boleh memainkan peranan yang efektik.

"Jadi pada dasarnya, Najib tidak mempunyai peguam untuk mewakilinya," katanya

Berita Harian X