Isnin, 15 Ogos 2022 | 8:00am

LANGSUNG rayuan terakhir sabitan kes SRC Najib

PUTRAJAYA: Hari ini, bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib dan pasukan peguamnya daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, dilaporkan bakal mengemukakan kekhilafan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pendakwaan yang menafikan hak mengikut Perlembagaan Persekutuan, yang dianggap menyebabkan ketidakadilan serius apabila bekas Perdana Menteri itu mendakwa gagal mendapatkan perbicaraan adil dan saksama.

Berdepan peluang terakhir mempertahankan diri, perkara itu akan dibentangkan Najib melalui peguamnya, bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, mulai hari ini untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita Harian (BH) membawa laporan langsung kes rayuan terakhir Najib daripada petugas kami, Ahmad Johari Mohd Ali dan Farah Marshita Abdul Patah; jurugambar, Aswadi Alias dan Aizuddin Saad, serta pasukan multimedia, Asrizal Aris dan Khairus Ramli dari Mahkamah Persekutuan.

Penyokong melambaikan tangan ketika Datuk Seri Najib Razak meninggalkan perkarangan Istana Kehakiman sebaik selesai prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

3.39 petang: Datuk Seri Najib Razak meninggalkan perkarangan Istana Kehakiman sebaik selesai prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

3.35 petang: Hujahan permohonan notis usul Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan keterangan dan bukti baharu berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok dengan pembelaan membalas semula hujahan pendakwaan.

2.28 petang: Pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak berkata, pihak pembelaan tidak menerima keterangan tambahan yang mengandungi bukti menunjukkan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi.

2.04 petang: Prosiding pemohonan notis usul untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bersambung. Prosiding bersambung dengan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaran membalas hujahan pembelaan.

Datuk Seri Najib Razak memohon rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya, ditangguh sehingga siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selesai.

Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC International, dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.

12.30 tengah hari: Datuk Seri Najib Razak dan barisan peguam bela dilihat keluar meninggalkan perkarangan Istana Kehakiman sementara mahkamah berehat sehingga jam 2 petang.

12.11 tengah hari: perbicaraan bersambung pada jam 2 petang dengan pihak pendakwaan akan membalas hujahan pembelaan

Barisan peguam Datuk Seri Najib (dari kiri) Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiavaranam dan Hannah Kam Zhen Yi.
Barisan peguam Datuk Seri Najib (dari kiri) Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat, Rueben Mathiavaranam dan Hannah Kam Zhen Yi.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (tengah) bersama penyokong yang lain datang memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

Panel hakim (dari kiri) Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Ketua Hakim Negara), Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak), Datuk Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutuan). Bawah kiri: Datuk Mary Lim Thiam Suan (Hakim Mahkamah Persekutuan) dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (Hakim Mahkamah Persekutuan).

PANEL HAKIM
1. Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Ketua Hakim Negara)
2. Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
3. Datuk Nallini Pathmanathan (Hakim Mahkamah Persekutuan)
4. Datuk Mary Lim Thiam Suan (Hakim Mahkamah Persekutuan)
5. Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (Hakim Mahkamah Persekutuan)

PASUKAN PENDAKWAAN
1. Dato’ V Sithambaram (Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc)
2. Donald Joseph Franklin (Timbalan Pendakwa Raya)
3. Sulaiman Kho Kheng Fuei (Timbalan Pendakwa Raya)
4. Mohd. Ashrof Adrin Kamarul (Timbalan Pendakwa Raya)
5. Manjira Vasudevan (Timbalan Pendakwa Raya)

BARISAN PEMBELAAN
1. Hisyam Teh Poh Teik
2. Datuk Zaid Ibrahim
3. Liew Teck Huat
4. Rueben Mathiavaranam
5. Hannah Kam Zhen Yi

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik hadir pada rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hadir pada rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad

Timbalan Pendakwa Raya, V. Sithambaram (kiri) bersama Donald Joseph Franklin dan pasukan hadir pada rayuan terakhir dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir pada rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad

9.10 pagi: Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman dengan menaiki kereta Mercedes Benz diiringi polis dan pasukan pembelaan.

Antara penyokong Datuk Seri Najib di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. - NSTP/Aizuddin Saad

Antara penyokong Datuk Seri Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu. - NSTP/Farah Marshita Abdul Patah
Antara penyokong Datuk Seri Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu. - NSTP/Farah Marshita Abdul Patah

8.58 pagi: Kelihatan beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak tiba bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Petugas media mulai dilihat di perkarangan Istana Kehakiman yang masih lengang setakat jam 8 pagi ini. - NSTP/Aswadi Alias
Petugas media mulai dilihat di perkarangan Istana Kehakiman yang masih lengang setakat jam 8 pagi ini. - NSTP/Aswadi Alias

Keadaan di perkarangan Istana Kehakiman setakat jam 8 pagi ini. - NSTP/Aswadi Alias
Keadaan di perkarangan Istana Kehakiman setakat jam 8 pagi ini. - NSTP/Aswadi Alias

Peguam Hisyam Teh Poh Teik (tengah) yang baru dilantik sebagai peguam utama Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman. - NSTP/Aswadi Alias
Peguam Hisyam Teh Poh Teik (tengah) yang baru dilantik sebagai peguam utama Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman. - NSTP/Aswadi Alias

8.00 pagi: Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang baru dilantik sebagai peguam utama Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Kehakiman bagi mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

7.30 pagi: Keadaan di perkarangan Istana Kehakiman pagi ini lengang tanpa kehadiran penyokong setakat ini. Bagaimanapun kawalan keselamatan di sekitar Istana Kehakiman mula diperketat dengan pagar besi diletakkan di semua pintu keluar dan masuk mahkamah.

Setakat ini, hanya petugas media yang dilihat berkumpul di hadapan perkarangan mahkamah dan dimaklumkan mereka dibenarkan masuk kira-kira jam 8.30 pagi.

KRONOLOGI KES

3 Julai 2018 - Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

4 Julai 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd

8 Ogos 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama

10 Ogos 2018 - Mahkamah Tinggi menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan

13 Disember 2018 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya

11 Februari 2019 - Mahkamah Rayuan membenarkan Najib untuk menangguhkan perbicaraan

21 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara

27 Mac 2019 - Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan

28 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 3 April

3 April 2019 - Perbicaraan bermula selama 58 hari

11 November 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan

3 Disember 2019 - Najib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari

11 Mac 2020 - Pembelaan menutup kes

1 Jun 2020 - Hujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari

5 Jun 2020 - Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan

28 Julai 2020 - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

19 Oktober 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan mengandungi 307 alasan mengapa beliau sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan berkenaan

5 April 2021 - Rayuan Najib mula didengar di Mahkamah Rayuan

18 Mei 2021 - Rayuan Najib selesai didengar di Mahkamah Rayuan selama 15 hari

23 November 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember 2021 bagi keputusan

24 November 2021 - Najib mohon melapangkan tarikh keputusan kerana perlu menjalani kuarantin COVID-19, bagaimanapun ditolak Mahkamah Rayuan

2 Disember 2021 - Najib memfailkan permohonan saat akhir di Mahkamah Rayuan untuk dibenarkan memasukkan bukti baharu dalam rayuan

3 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Disember bagi mendengar permohonan memasukkan bukti baharu

7 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan keputusan rayuan atas alasan beliau dan peguam kontak rapat dan tolak permohonan memasukkan bukti baharu berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low

8 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Najib

25 Januari 2022 - Najib melalui peguamnya menulis surat kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom

29 April 2022 - Mahkamah Persekutuan menetapkan selama 10 hari bermula 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib

7 Jun 20211 - Najib mahu Mahkamah Persekutuan isytihar perbicaraan di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah dan menimbangkan diadakan perbicaraan semula kerana peranan Mohd Nazlan dalam Maybank Investment berkaitan penubuhan SRC

21 Julai 2022 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen's Counsel (QC), Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir

25 Julai 2022 - Najib memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam lain serta melantik barisan peguam baharu diketuai Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben

29 Julai 2022 - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan akhir

Berita Harian X