Ahad, 7 Ogos 2022 | 11:35pm
GAMBAR perkahwinan Abdul Hamid tular di media sosial. FOTO tular
GAMBAR perkahwinan Abdul Hamid tular di media sosial. FOTO tular

Hamid Bador akhiri zaman duda?

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakhiri zaman dudanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Gambar majlis perkahwinan mereka tular di media sosial hari ini, memaparkan kedua-dua individu berkenaan berada di atas pelamin persandingan.

Difahamkan, pegawai polis wanita berkenaan adalah DSP Fazreena Abdul Karim yang mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial.

Majlis berkenaan dipercayai berlangsung baru-baru ini sebelum gambar perkahwinan mereka tular.

Abdul Hamid dilantik Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun selepas bersara pada 3 Mei 2021 dan diganti dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Berita Harian X