Jumaat, 29 Julai 2022 | 4:11pm

Banjir di Baling: Pindah segera penduduk berisiko, batal projek Musang King

BALING: Kerajaan negeri digesa mengambil langkah segera memindahkan 19 keluarga di Kampung Lata Chelak di Iboi, dekat sini, yang kini terus-menerus terdedah risiko bencana kepala air.

Selain itu, langkah drastik juga perlu diambil kerajaan negeri kerajaan negeri dengan membatalkan sepenuhnya projek ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas, yang didakwa menjadi antara punca bencana alam di kawasan berkenaan.

Penasihat Kelab Sahabat Alam Sik dan Grass Kedah, Mohd Sobri Ramlee, berkata pihaknya senada dengan 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia yang sebelum ini berharap kerajaan negeri mengambil tindakan menutup projek itu dan menggantikannya dengan tanaman semula jadi pokok balak spesis asal.

"Ini bukan main-main...orang kampung ramai yang terdedah bahaya kepala air kerana ada projek ladang durian di puncak gunung yang masih berjalan.

"Kerajaan negeri patut tutup terus projek itu kerana nyawa orang kampung lebih penting.

"Semalam berlaku lagi kepala air dan (ini buktinya) orang kampung tidak selamat lagi. Mereka sepatutnya dipindahkan bersama mangsa sebelum ini, jangan sampai ada lagi yang terkorban baru hendak bertindak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, banjir lumpur dan kepala air menyebabkan 19 keluarga membabitkan 58 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Padang Empang selepas rumah mereka dimasuki air berlumpur.

Kebanyakan mangsa adalah penduduk kampung yang kediaman mereka terletak berhampiran Sungai Kupang yang kini menjadi cetek selepas kejadian kepala air yang turut mengorbankan tiga nyawa pada 4 Julai lalu.

Antara penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, akibat banjir di Mukim Kupang di Baling. - Foto Danial Saad - NSTP/Danial Saad
Antara penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, akibat banjir di Mukim Kupang di Baling. - Foto Danial Saad - NSTP/Danial Saad

Dalam pada itu, Mohd Sobri berkata, bencana melanda pada 4 Julai lalu perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak untuk tidak cuba melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Jangan cabar alam semula jadi kerana kesannya sangat besar....kerajaan negeri mana sekalipun perlu telus dalam membuat keputusan.

"Kita tak mahu ada lagi nyawa terkorban selepas ini kerana yang jadi mangsa adalah orang kampung.

"Mereka sudah rasa tak selamat di kawasan itu. Kerajaan negeri juga beri jawapan kata putus sama ada kawasan sekitar Gunung Inas selamat diduduki atau tidak," katanya.

Mangsa banjir masih berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang. - Foto Safuri Kamarudin
Mangsa banjir masih berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang. - Foto Safuri Kamarudin

Jambatan Bailey yang dibina sementara untuk kegunaan penduduk ditutup sementara di Lata Celak, Kampung Iboi. - NSTP/Danial Saad

Jengkaut mengorek pasir mendalamkan Lata Celak, Kampung Iboi. - NSTP/Danial Saad
Jengkaut mengorek pasir mendalamkan Lata Celak, Kampung Iboi. - NSTP/Danial Saad

Sementara itu, penduduk kampung, Zainol Salleh, 70, mengakui dia dan keluarga merasakan lebih selamat untuk berlindung di PPS berbanding di rumah sendiri yang jaraknya terlalu dekat dengan Sungai Kupang.

Katanya, kebanyakan penduduk masih trauma dengan kejadian awal bulan lalu dan kini bencana sama berulang lagi petang semalam.

"Saya takut nak balik ke rumah kerana bimbang tragedi kepala air berulang. Jadi, saya harap kami dipindahkan ke penempatan baharu yang lebih selamat untuk meneruskan masa depan dengan lebih baik," katanya.

Ditanya mengenai kejadian semalam, Zainol mengakui keadaan Sungai Kupang yang cetek akibat dipenuhi pasir selepas tragedi 4 Julai lalu menyebabkan air mudah melimpah dengan cepat ke penempatan penduduk.

"Kawasan rumah kami tak selamat lagi, kepala air boleh turun bila-bila masa dan ini membahayakan nyawa kami," katanya.

Keadaan berhampiran Jambatan Bailey yang dibina sementara untuk kegunaan penduduk di Lata Celak, Kampung Iboi, ketika tinjauan selepas kejadian banjir terbaru yang terjadi semalam. - NSTP/Danial Saad
Keadaan berhampiran Jambatan Bailey yang dibina sementara untuk kegunaan penduduk di Lata Celak, Kampung Iboi, ketika tinjauan selepas kejadian banjir terbaru yang terjadi semalam. - NSTP/Danial Saad
Berita Harian X