Khamis, 28 Julai 2022 | 6:02pm
Lawatan korporat II-VI Incorporated ke Media Prima Berhad di Sri Pentas. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
Lawatan korporat II-VI Incorporated ke Media Prima Berhad di Sri Pentas. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Media Prima terima kunjungan delegasi II-VI Malaysia

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) hari ini menerima kunjungan pengurusan tertinggi II-VI Malaysia Advanced Manufacturing Center Sdn Bhd (II-VI Malaysia) di Sri Pentas, di sini, hari ini.

Rombongan II-VI Malaysia, sebuah syarikat yang terbabit dalam pembuatan peralatan telekomunikasi berpangkalan di Ipoh, diketuai timbalan presidennya, Jimmy Ling serta pengarah II-VI Malaysia, Noraini Ishak dan Lai Siew Fun.

Menyambut kedatangan syarikat itu, Media Prima diwakili Pengerusi Kumpulan, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar; Timbalan Editor Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB, Azhari Muhidin.

Lawatan korporat II-VI Incorporated ke Media Prima Berhad di Sri Pentas. - Foto NSTP/Rohanis Shukri
Lawatan korporat II-VI Incorporated ke Media Prima Berhad di Sri Pentas. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

Menurut Ling, kunjungan itu bertujuan membolehkan syarikat memahami dengan lebih dekat operasi penyiaran serta mengeratkan lagi hubungan untuk manfaat bersama.

"Kami harap menerusi kunjungan ini, kedua-dua syarikat dapat mengembangkan lagi potensi yang dapat diraih menerusi kerjasama dan hubungan baik yang terbina selama ini," katanya.

Sementara itu, Syed Hussian berkata Media Prima dan II-VI Malaysia akan mengenal pasti potensi untuk bekolaborasi bagi mencerna faedah bersama.

Berita Harian X