Khamis, 28 Julai 2022 | 4:14pm

Dataran Nilai dijangka sesak hingga Ahad

NILAI: Tawaran rayuan diskaun saman trafik sehingga 30 peratus kecuali bagi lapan kesalahan utama, dijangka menyaksikan program NS Fest yang dianjurkan kerajaan negeri di Dataran Nilai, di sini sesak, terutama pada hujung minggu ini.

Berikutan itu, pengguna yang melalui Dataran Nilai terutama menghala ke arah Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Salak Tinggi, dinasihat mengunakan laluan alternatif.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai akan turut membuka kaunter rayuan dan bayaran saman di lokasi festival berkenaan yang bermula hari ini hingga Ahad.

"Waktu operasi kaunter berkenaan dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang. Rayuan saman diberikan sebanyak 30 peratus kecuali lapan kesalahan, iaitu kesalahan langgar lampu isyarat merah, memandu di lorong kecemasan dan garisan berkembar serta kemalangan.

"Selain itu, saman yang tidak boleh dikompaun, kes sedang dalam perbicaraan mahkamah, saman berkaitan lori, ubah suai ekzos dan memotong barisan.

"Mereka yang ingin membayar saman dinasihatkan buat semakan terlebih dulu di balai polis trafik berhampiran atau melalui laman web mybayar.rmp.gov.my bagi mengelakkan kesesakan dan berbaris panjang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kanan) menyaksikan Pengerusi Pelaburan, Industri, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Dr Mohamad Rafie Abdul Malek (dua dari kiri) menandatangani plak perasmian NS Choice pada Majlis Perasmian NS Fest 2022 dan Pelancaran kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai. - NSTP/Azrul Edham

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perasmian NS Fest 2022 dan Pelancaran kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai. - NSTP/Azrul Edham

Beliau berkata, dianggarkan 300,000 pengunjung akan hadir ke program berkenaan yang akan menyebabkan kesesakan di laluan masuk ke Dataran Nilai.

"Justeru, polis mencadangkan laluan alternatif bagi pengguna jalan raya terutama yang menuju ke Sepang, KLIA dan Salak Tinggi," katanya menasihatkan pengguna jalan raya merancang laluan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan mengelak pembaziran masa serta sebarang kesulitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) menyempurnakan pelancaran NS Fest 2022 dan kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai, hari ini. - NSTP/Azrul Edham
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) menyempurnakan pelancaran NS Fest 2022 dan kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai, hari ini. - NSTP/Azrul Edham
Berita Harian X