Isnin, 25 Julai 2022 | 6:25pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Ribut petir sebelah petang hingga awal malam sehingga Rabu ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka melanda membabitkan negeri di Pantai Barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah berikutan kebanyakan kawasan menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai hala yang dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan awan rebut petir pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat membabitkan negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah.

"Ramalan ini adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web: www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Berita Harian X