Isnin, 25 Julai 2022 | 11:10am
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua kanan) menunjukkan lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM2 juta ketika sidang media di IPK Perak. - Foto NSTP/L Manimaran
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (dua kanan) menunjukkan lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM2 juta ketika sidang media di IPK Perak. - Foto NSTP/L Manimaran

Nahas maut lima beranak: Polis rakam percakapan pemandu pikap

IPOH: Polis akan merakam percakapan pemandu pikap yang terbabit dalam insiden kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan lima sekeluarga maut di Kilometer (KM) 62 berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pemandu wanita berusia 53 tahun itu ketika ini masih dirawat di Hospital Jeli Kelantan.

"Pemandu Toyota Hilux itu mengalami luka di dada dan paru paru dan buat masa ini sedang dirawat di hospital.

"Dalam masa terdekat kita akan mengambil rakaman percakapan apabila beliau pulih seperti biasa dan sudah dibenarkan keluar dari hospital," katanya.

Mior Faridalathrash berkata dua penumpang kenderaan itu pula sudah dirakam percakapan.

Dalam kejadian sekitar jam 3.45 petang itu, lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut selepas MPV dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah Toyota Hilux.

Mereka sekeluarga yang maut dikenali Ahmad Khomaini Baba, 32; isterinya, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32; dan anak mereka, Zara Hana, 6.

Turut maut, bapa Siti Aishah, Mohd Rodhi Othman, 64; dan ibunya, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59.

Berita Harian X