Selasa, 19 Julai 2022 | 2:48pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Individu umur 50-59 tahun disyor ambil dos penggalak kedua

KUALA LUMPUR: Individu sihat berusia 50 hingga 59 tahun kini boleh diberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 jika mereka memilih untuk berbuat demikian bagi perlindungan daripada risiko penyakit yang teruk.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berdasarkan syor terbaru oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi Vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau memaklumkan, lima kumpulan lain yang layak menerima dos penggalak kedua adalah individu berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi dan individu berusia 60 tahun ke atas tanpa komorbiditi dan mendapat saranan daripada pengamal perubatan.

Selain itu, warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang, individu berusia 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi dan petugas barisan hadapan.

Khairy menjawab soalan asal Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berdepan ancaman varian baharu COVID-19 ketika soal jawab.

Berita Harian X