Isnin, 4 Julai 2022 | 7:32pm

Hujan lebat berterusan, Baling dilanda banjir kilat

BALING: Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah ini dengan sekurang-kurang 20 rumah penduduk mengalami kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, kawasan dilaporkan terjejas ialah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang, selepas berlaku limpahan air sungai di kawasan berdekatan.

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda Mukim Kupang, hari ini. - Foto ihsan pembaca

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata hujan lebat selama tiga jam bermula kira-kira jam 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

"Kita mula menerima laporan berhubung banjir kilat itu kira-kira jam 6 petang tadi. Anggota APM Baling digerakkan ke lokasi bagi melakukan tinjauan sebelum mendapati beberapa rumah penduduk sudah dinaiki air.

"Hingga kini, pemantauan masih diteruskan dan tindakan memindahkan penduduk akan diambil jika keadaan didapati berbahaya kepada mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu penduduk dalam kejadian banjir kilat di sini. - Foto ihsan pembaca

Rasidah berkata, jumlah sebenar mangsa banjir itu belum diketahui dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, setakat jam 6.30 petang tadi.

Difahamkan, ketika ini hujan masih berterusan dan penduduk diminta terus berjaga-jaga bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Banjir kilat dilaporkan melanda Mukim Kupang dan menjejaskan sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk. - Foto ihsan pembaca

Operasi SAR tiga sekeluarga yang masih hilang selepas rumah mereka dihanyut banjir lumpur di Kampung Iboi semalam diteruskan hari ini. - Foto NSTP

Banjir kilat dilaporkan melanda Mukim Kupang di Baling menjejaskan sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk. - Foto Ihsan Pembaca

Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda Mukim Kupang, Baling, hari ini. - Foto ihsan pembaca

Berita Harian X