Selasa, 28 Jun 2022 | 6:59pm
Keadaan treler dan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan. - Foto ihsan Bomba
Keadaan treler dan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan. - Foto ihsan Bomba

Lima sekeluarga maut nahas kereta, treler

KUANTAN: Lima beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat di sini, hari ini.

Mereka yang maut ialah Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7; Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6; dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identiti.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, nahas jam 3.40 petang itu membabitkan kereta jenis Toyota dan sebuah treler.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta terbabit dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan.

"Kereta berkenaan dikatakan memasuki lorong treler yang berada di laluan Kuantan-Segamat.

"Pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan tetapi terlanggar bahagian hadapan kereta berkenaan berikutan jarak terlalu dekat.

"Susulan kemalangan itu, pemandu dan empat penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan treler dan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan. - Foto ihsan Bomba dan Polis
Keadaan treler dan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima sekeluarga di Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan. - Foto ihsan Bomba dan Polis

"Pemandu treler berumur 26 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas, di sini dihantar ke lokasi kemalangan.

"Lima mangsa di dalam kereta dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X