Sabtu, 25 Jun 2022 | 12:53pm

NSTP sedia aktiviti menarik, teh tarik percuma di Karnival Jom Heboh

PUTRAJAYA: Bersempena penganjuran Karnival Jom Heboh di Anjung Floria, Presint 4, di sini, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan barangan istimewa untuk pengunjung.

Pelancaran khemah NSTP, cabang percetakan Media Prima Berhad (MPB) yang menerbitkan tiga jenama akhbar, Berita Harian (BH), Harian Metro (HM) dan New Straits Times (NST), disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor serta Pengarang Eksekutif (Kandungan) HM, Muhamad Safar Ahmad dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) HM, Yusri Abdul Malek.

Dalam acara bermula jam 8.30 pagi hingga lewat malam ini, pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan ala karnival dan hadiah istimewa disediakan kepada pengunjung bertuah yang turut serta dengan hanya RM10.

Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Presint 4, Putarajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Presint 4, Putarajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Lebih istimewa, beg cenderahati juga diberikan kepada pengunjung yang mengandungi tiga jenama akhbar keluaran NSTP dan pelbagai barangan yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM50.

Khemah NSTP bertemakan hari kantin dan 'pesta ria' dimeriahkan dengan kehadiran badut, aktiviti melukis muka, baling tin, cabutan bertuah, peraduan mewarna dan pelbagai permainan yang boleh menghiburkan ahli keluarga termasuk kanak-kanak.

Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Presint 4, Putarajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Presint 4, Putarajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Ahmad Zaini berkata, pelbagai hadiah menarik disediakan di reruai NSTP untuk setiap lapisan masyarakat yang datang bersama keluarga dan anak-anak.

"Dengan hanya RM10, pengunjung boleh bermain sebarang permainan dan menyertai aktiviti. Mereka akan diberikan kupon untuk menyertai aktiviti dan menangi hadiah untuk seisi keluarga. Selain teh tarik percuma, kita menyediakan bertih jagung dan gula kapas," katanya.

Orang ramai menyertai aktiviti yang disediakan di Khemah NSTP Karnival Jom Heboh Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Orang ramai menyertai aktiviti yang disediakan di Khemah NSTP Karnival Jom Heboh Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Katanya, pengunjung juga antara lain berpeluang mengetahui bagaimana tiga akhbar di bawah NSTP menyampaikan maklumat, berkongsi berita yang tepat dan mengukuhkan kehadiran jenamanya di pasaran.

"Pengunjung karnival boleh datang ke reruai NSTP dan kita memberi maklumat mengenai apa yang kita ada, termasuk e-paper yang boleh didapati secara dalam talian melalui komputer, tablet dan telefon bimbit.

"Maklumat yang kita sampaikan dapat membantu rakyat mendapatkan berita yang tepat, yang pentingnya bukan berita palsu," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

Antara pertandingan ala karnival disediakan untuk pengunjung Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Antara pertandingan ala karnival disediakan untuk pengunjung Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Setakat jam 12 tengah hari ini, ribuan pengunjung mengunjungi khemah NSTP untuk bermain permainan pesta ria yang menyeronokkan, selain bergambar dengan badut, menyertai aktiviti melukis dan mendapatkan bertih jagung serta gula-gula kapas.

Ahmad Zaini berkata, penyanyi, Haiza akan membuat penampilan istimewa di khemah NSTP petang ini untuk bertemu dan menyantuni pengunjung.

Selain NSTP, Karnival Jom Heboh anjuran MPB turut dimeriahkan dengan khemah dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, Oh Bulan, Seismik, Vocket, Wowshop dan Tonton.

Kanak-kanak menyertai aktiviti disediakan di Khemah NSTP. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Kanak-kanak menyertai aktiviti disediakan di Khemah NSTP. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pelbagai aktiviti menarik menanti dan orang ramai berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti tanah air seperti Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera dan Sophia Albarakbah.

Pengunjung juga berpeluang menaiki belon udara panas dengan hanya menggunakan aplikasi DuitNow untuk melihat keindahan Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor (tiga dari kiri) merasmikan Khemah NSTP di Karnival Jom Heboh Putrajaya hari ini, sambil disaksikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (lima dari kiri); Pengarang Kumpulan NST, Lokman Mansor (dua dari kiri) dan Pengarang Eksekutif (Kandungan) HM, Muhamad Safar Ahmad (enam dari kiri). - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X