Khamis, 23 Jun 2022 | 7:04pm
Calon sekolah atau persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan STAM yang diumumkan pada 30 Jun ini secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my.- Foto hiasan
Calon sekolah atau persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan STAM yang diumumkan pada 30 Jun ini secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my.- Foto hiasan

Keputusan STAM 30 Jun ini

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, calon boleh memeriksa keputusan masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari berkenaan manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

"Selain itu, calon sekolah atau persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah lain iaitu secara dalam talian menggunakan pautan myresultstam.moe.gov.my bermula jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga jam 6 petang pada 6 Julai.

"Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 30 Jun sehingga 6 petang pada 6 Julai," katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memaklumkan pihaknya sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Sebelum ini, KPM memaklumkan seramai 7,277 calon menduduki STAM yang diadakan pada 29 Mac hingga 7 April lalu di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Berita Harian X