KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Taman Segambut SPPK di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata laporan berkaitan kejadian itu diterima polis pada jam 3.30 petang tadi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan anggota paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, siasatan mendapati ibu kanak-kanak itu adalah seorang wanita tempatan berusia 32 tahun dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian.