Isnin, 13 Jun 2022 | 10:37am
Pengarah Urusan Genco, Datuk Nor Azman Mufti (tiga kanan) memberi penerangan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (tengah) sebelum majlis pecah Tanah projek Hidorelektrik Nenggiri, Gua Musang Kelantan semalam. Hadir sama, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (tiga kiri), Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad (dua kiri); Pengerusi TNB, Datuk Sri Hasan Arifin (paling kiri) dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Baharin Din (dua kanan). - Foto TNB

Empangan Nenggiri jana elektrik lima tahun lagi

GUA MUSANG: Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 serta bakal meningkatkan kapasiti elektrik Tenaga Boleh Baharu (TBB) di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Projek itu berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhkan usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara.

Empangan Nenggiri bakal menjana 300 megawatt (MW) telah diluluskan pelaksanaannya secara dasar oleh Kerajaan Persekutuan pada 2012 dan diluluskan kerajaan Kelantan pada Mac 2014.

"Projek yang mampu menjana tenaga serta merta ini boleh membantu memastikan kestabilan dan daya harap bekalan elektrik kepada Grid Nasional sekiranya berlaku gangguan dan bakal memberi manfaat besar kepada Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, semalam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (tiga kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Genco TNB, Datuk Nor Azman Mufti (dua, kanan) semasa melawat model empangan sempena Majlis Pecah Tanah Projek Hidroelektrik Nenggiri. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar AbdullahProjek Hidroeletrik Nenggiri dengan kapasiti penjanaan 300MW terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan Darul Naim ini akan dilaksanakan oleh TNB Power Generation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TNB. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata kerja pembinaan di tapak projek itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar ini telah memasuki fasa pembinaan pada 1 Mac lalu. Kerajaan serta TNB sentiasa fokus untuk memaksimumkan manfaat projek itu, selain menjaga kepentingan perkampungan terbabit dan Orang Asli di sekitarnya.

"TNB bersama kerajaan negeri, jabatan serta agensi berkaitan akan melakukan penempatan semula beberapa perkampungan Orang Asli yang terkesan berdasarkan keperluan perundangan dan persetujuan Orang Asli terbabit," katanya.

Projek berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Aspirasi Nasional iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dengan menetapkan sasaran 40 peratus kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik menjelang 2035.

Perjanjian pelaksanaan projek ini telah dimeterai antara Kerajaan Negeri Kelantan dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), anak syarikat milik penuh TNB, pada 17 Ogos 2021.

Syarikat tujuan khas (Special Purpose Vehicle - SPV) yang juga anak syarikat milik penuh TNB Genco, TNBPG Hydro Nenggiri Sdn Bhd akan menyiapkan projek ini dalam masa 52 bulan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyempurnakan simbolik perasmian dengan menggunakan mesin jengkaut pada majlis pecah Tanah projek Hidorelektrik Nenggiri, Gua Musang Kelantan pada tengahari tadi. Hadir sama, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad, Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Baharin Din dan Pengarah Urusan Genco Datuk Nor Azman Mufti. - Foto TNB

Projek ini juga menepati Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipersetujui sebulat suara oleh 193 negara termasuk Malaysia pada 2015. Ia mensasarkan manusia dapat menikmati keamanan dan kemakmuran dengan melindungi bumi dan membasmi kemiskinan serta menyeimbangkan ekonomi, sosial dan alam sekeliling.

Projek ini juga berpotensi menjadi entiti ekonomi yang membuka peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, makanan dan peruncitan, serta industri baharu seperti eko-pelancongan dan akuakultur, seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kehidupan masyarakat setempat.

Selain semua kepentingan negeri dan rakyat Kelantan telah diambil kira, Ahmad Yakob menegaskan seperkara yang cukup penting ialah keupayaan projek ini membantu negeri Kelantan menghadapi kesan banjir melalui kewujudan Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam Pengatur-Aliran seluas 0.97 kilometer persegi.

"Kedua-dua negeri jiran Kelantan di Pantai Timur ini sudah pun mempunyai skim hidroelektrik masing-masing yang membantu mereka meredakan tekanan banjir pada musim tengkujuh. Kali ini, giliran Kelantan pula memanfaatkan infrastruktur empangan bagi tujuan berkenaan.

"Saya juga difahamkan menerusi kaedah kawalan paras air empangan, impak banjir boleh dikurangkan. Menjelang musim tengkujuh, pihak TNB akan menurunkan paras air di Tasik Takungan Utama untuk menyediakan ruang simpanan air hujan yang banyak ketika monsun nanti," katanya dalam ucapan perasmian upacara pecah tanah projek berkenaan.

Model empangan Projek Hidroelektrik Nenggiri. Projek Hidroeletrik Nenggiri dengan kapasiti penjanaan 300MW terletak di Daerah Gua Musang, Kelantan Darul Naim ini akan dilaksanakan oleh TNB Power Generation Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TNB.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Seterusnya, kata beliau, projek empangan hidroelektrik ini juga akan memberi manfaat perbekalan air bersih dan penambahbaikan pengairan untuk pertanian. Potensi ini hendaklah dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan dengan sebaik-baiknya, khusus dalam aspek mengairi kawasan pertanian.

Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, TNB telah memperolehi kesemua kelulusan yang diperlukan, antaranya Kajian Potensi Mineral; Kajian Penerimaan Awam dan Sosial; Kajian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA); Kajian Impak Sosial (Social Impact Assessment - SIA); Kajian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment - HIA), dan sebagainya. - BERNAMA

Berita Harian X