Selasa, 7 Jun 2022 | 12:10pm

Keputusan SPM 16 Jun

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian slip keputusan itu akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

"Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu pertama secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 16 Jun pada jam 10 pagi hingga 24 Jun jam 6 petang.

"Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM(jarak)NoKP(jarak)AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022," kata kenyataan itu.

Peperiksaan SPM 2021 yang diadakan pada 2 hingga 29 Mac lalu membabitkan seramai 407,097 calon.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi. - Foto hiasan NSTP
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi. - Foto hiasan NSTP
Berita Harian X