Khamis, 26 Mei 2022 | 9:34am
Sebanyak 9,958 dos harian diberikan semalam meliputi 2,100 suntikan penggalak. - Foto fail NSTP
Sebanyak 9,958 dos harian diberikan semalam meliputi 2,100 suntikan penggalak. - Foto fail NSTP

32 peratus kanak-kanak lengkap vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 1,137,100 atau 32 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,687,515 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,911,110 atau 93.6 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,007,571 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,087,068 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,652 (97.6 peratus) sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,948 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,958 dos harian diberikan semalam meliputi 2,100 suntikan penggalak, 4,068 dos kedua dan 3,790 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,839,946.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan enam kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes di Johor dan masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Putrajaya. – BERNAMA

Berita Harian X