TUMPAT: Satu kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di daerah Takbhai, Thailand, dekat di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 (waktu Malaysia) dan dipercayai berlaku berhampiran di wilayah Narathiwat yang menyasarkan pihak berkuasa.
Berdasarkan beberapa video yang tular, ia memaparkan situasi tegang dengan dentuman bom dan tembakan bertalu-talu, sehingga menimbulkan huru-hara.
Kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di wilayah Narathiwat, daerah Takbhai, pada jam 9.40 malam tadi. - Video ihsan Pembaca pic.twitter.com/zqw4otV8g8
— Berita Harian (@bharianmy) May 25, 2022
Dikatakan serangan itu dibuat terhadap pasukan tentera Thailand dan beberapa tangkapan sudah dibuat.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, yang ditemui di sini, turut memaklumkan kejadian itu yang berlaku dekat Tumpat.
Beliau enggan mengulas lanjut kerana tembakan berlaku di dalam wilayah Thailand.