Sabtu, 14 Mei 2022 | 7:13am
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pemimpin ASEAN dalam perbincangan mengenai ‘Clean Energy Transformation and Sustainable Infrastructure’ ketika Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Jabatan Negara AS, Washington DC. - Foto BERNAMA

PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

WASHINGTON DC: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini awal pagi tadi.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat waktu tempatan (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).

Sebelum itu, Ismail Sabri menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS, Kamala Harris dan mereka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.

Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.

Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini. – BERNAMA

Berita Harian X