Khamis, 12 Mei 2022 | 10:10am
Nahas di Km 246 Lebuhraya PLUS arah utara, tengah malam tadi yang mengakibatkan lima mangsa menaiki sebuah kereta rentung terbakar. - Foto JBPM PERAK
Nahas di Km 246 Lebuhraya PLUS arah utara, tengah malam tadi yang mengakibatkan lima mangsa menaiki sebuah kereta rentung terbakar. - Foto JBPM PERAK

5 pelajar maut, USAS ucap takziah

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi mengucapkan takziah kepada keluarga besar USAS yang kehilangan lima pelajar dalam kemalangan tengah malam tadi.

"Innalillah wainna ilaihi raajiuun. Allah jua yang mengasihi lima pelajar kami yang meninggal kerana kemalangan pagi ini," katanya dalam Facebook.

Terdahulu, lima rentung dilaporkan rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora di Ipoh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan (Iqbal Hasnun Halimi (berdiri belakang kiri), Ahmad NaimNajmi Ahmad Hafizan (tengah belakang), Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar (belakang kanan), Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz (depan kiri) dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis (depan kanan). Ihsan USAS

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

Nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut setelepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengab kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan.

," katanya.alam kejadian tengah malam tadi, lima daripada lapan individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di KM246 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara.

Berita Harian X