KUALA KANGSAR: Nahas mengakibatkan lima individu rentung di KM246, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi mengakibtkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).
PLUS Berhad menerusi ciapan di Twitter @plustrafik, memaklumkan setakat jam 7.41 pagi ini, lorong kanan menghala utara sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan.
8:42hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka. Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 13Km arah utara & trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif. @LLMinfotrafik https://t.co/iR95YwJXuT pic.twitter.com/jpZZMwHjeQ
— plusline1800880000 (@plustrafik) May 12, 2022
Menurut ciapan itu, laluan kontra turut diaktifkan.
"Trafik sesak 13KM arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif," kata ciapan itu setakat jam 7.41 pagi tadi.
Terdahulu, ciapan @plustrafik setakat jam 7.04 pagi tadi memberitahu, semua lorong menghala utara dan lorong kanan menghala selatan masih terhalang, menjadikan semua lorong menghala ke utara ditutup kira-kra enam jam.
8:41hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka. Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 13Km arah utara & trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif. @LLMinfotrafik https://t.co/iR95YwJXuT
— plusline1800880000 (@plustrafik) May 12, 2022
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM246 PLUS arah utara, di sini, kira-kira jam 12.52 tengah malam tadi mengakibatkan lima individu maut dalam keadana rentang selepas kereta dinaiki mereka terbakar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas itu membabitkan sebuah kereta yang dinaiki lima mangsa maut itu bersama dua lori treler masing-masing bermuatan besi dan mozek.
Difahamkan, kesemua lima mangsa maut berkenaan merupakan pelajar sebuah universiti swasta dinaungi kerajaan negeri di Kuala Kangsar.
#BH Rakaman dashcam kemalangan tragis yang telah mengorbankan 5 pelajar USAS Kuala Kangsar awal pagi tadi.
Al-Fatihah
Video: jack.budakjahat pic.twitter.com/rWrb9z6HgS— Berita Harian (@bharianmy) May 12, 2022