Selasa, 10 Mei 2022 | 6:03pm
Suami isteri maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat (LRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Titiwangsa, pada petang Isnin. - NSTP/Ihsan pembaca
Suami isteri maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur Barat (LRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Titiwangsa, pada petang Isnin. - NSTP/Ihsan pembaca

Suami isteri maut nahas

KOTA BHARU: Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala manakala lima mangsa lain cedera dalam nahas dua di Kilometer (KM) 73 Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik berdekatan Banjaran Titiwangsa, petang semalam.

Dalam nahas jam 6.45 petang itu, Azmi Imas dan Rohani Abdullah berusia dalam lingkungan 40-an, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua anak pasangan itu masing-masing seorang lelaki cedera parah dan seorang perempuan cedera ringan.

Tiga mangsa lain turut dilaporkan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.54 petang.

Katanya, sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli bergegas ke lokasi kejadian untuk selepas dimaklumkan ada mangsa tersepit dalam kenderaan.

"Kami mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Nissan Latio dan Mitsubishi Triton.

"Dua mangsa tersepit dalam kereta Nissan Latio dan disahkan meninggal dunia. Mayat dikeluarkan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa lima minit.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis daerah Gerik, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Harian X