Jumaat, 6 Mei 2022 | 10:00am
Keadaan sebuah daripada lima kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat yang menyebabkan dua maut malam tadi
Keadaan sebuah daripada lima kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat yang menyebabkan dua maut malam tadi

Dua beranak maut dalam nahas lima kenderaan

JEMPOL: Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar FELDA Palong Empat pada jam 11.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa yang maut dikenali Mohd Azharrudin, 34 dan ibunya, Nor Rohaini, 62 kedua - duanya dari FELDA Palong 12 dekat sini.

Katanya, kedua-dua mangsa adalah penumpang belakang dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis
Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis

"Siasatan awal mendapati, ketika sebuah kereta MPV Proton Exora dipandu seorang wanita berusia 35 tahun dalam perjalanan pulang beraya dari Dungun,Terengganu menuju ke Melaka. Pemandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tayar belakang sebelah kanan lori jenis Nissan UD yang datang dari arah bertentangan.

"Proton Exora itu kemudian melanggar bahagian hadapan sebuah MPV model sama dari arah bertentangan sebelum melanggar secara berdepan dengan Toyota Avanza yang dinaiki kedua-dua mangsa.

Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis
Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis

"Sebuah lagi Toyota Avanza yang mengekori kenderaan dinaiki mangsa turut terbabit dalam kemalangan itu namun pemandu berusia 22 tahun yang memandu sendirian tidak mengalami kecederaan," katanya hari ini.

Chang Hook berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh doktor dari Hospital Jempol akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, wanita yang memandu Proton Exora mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera di muka, manakala penumpang hadapan berusia 37 tahun turut patah kaki kiri dan luka dikepala.

Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis
Kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Besar Felda Palong Empat, Jempol yang menyebabkan dua maut. Foto ihsan Polis

Jelasnya, pemandu Toyota Avanza berusia 29 tahun yang dinaiki kedua-dua mangsa yang maut, patah kaki kanan, manakala penumpang hadapan berusia 34 tahun cedera di perut.

"Seorang lagi penumpang belakang Toyota Avanza berusia 58 tahun turut mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri.

Chang Hook berkata, pemandu lori dan pemandu sebuah lagi Proton Exora turut tidak mengalami kecederaan

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X