Sabtu, 30 April 2022 | 11:48am
Lebih 800,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun suah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.- Foto fail NSTP
Lebih 800,000 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun suah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.- Foto fail NSTP

831,523 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR: Sebanyak 831,523 atau 23.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun suah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,528,733 atau 43 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,991,223 atau

96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,032,860 individu dewasa atau 68.1 peratus sudah menerima dos penggalak, manakala 22,966,843 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,191 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,581 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam membabitkan 10,692 dos pertama, 24,862 dos kedua dan 3,027 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,274,130.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, enam kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes di Selangor, manakala masing-masing satu kes di Perak, Sabah dan Terengganu. – BERNAMA

Berita Harian X