Selasa, 26 April 2022 | 12:55pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Banjir kilat di Tangkak, 34 penduduk pindah

TANGKAK: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam, menyebabkan lapan keluarga membabitkan 34 penduduk dari Kampung Parit Pulai di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 8 dibuka mulai jam 10 malam tadi bagi menempatkan 34 mangsa daripada lapan keluarga.

"Hujan berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan kawasan rendah terutama Kampung Parit Pulai dinaiki banjir kilat.

"Saliran parit utama sepanjang kampung berkenaan turut dipenuhi air. Pemantauan di kawasan berkenaan masih dilakukan," katanya.

Berita Harian X