Rabu, 20 April 2022 | 5:23pm
Iklan raya Watsons tahun ini bertemakan latar belakang futuristik tahun 2075 - FOTO Watsons
Iklan raya Watsons tahun ini bertemakan latar belakang futuristik tahun 2075 - FOTO Watsons

Raya luar biasa Watsons tampil Ayda, Nabil, Jinnyboy, Dolla

MASYARAKAT Malaysia tahun ini pasti teruja untuk menyambut Aidilfitri selepas dua tahun tidak dapat meraikannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rata-rata tidak sabar untuk pulang ke kampung, bahkan ada sudah membuat persiapan lebih awal mencari kelengkapan menjelang Aidilfitri.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan raya, Watsons melancarkan kempen hari raya dengan menawarkan ganjaran luar biasa serta hadiah terkumpul sehingga RM3 juta. 

Bukan itu sahaja, Watsons turut tidak ketinggalan menghasilkan filem pendek raya bagi menceriakan lagi Aidilfitri tahun ini.  

Raya luar biasa bersama Ayda Jebat dan Nabil Mahir

Jika tahun lalu, Watsons mengembalikan semangat dan keindahan Aidilfitri menerusi 'Raya Unik Raya Ikonik' dengan memperlihatkan keunikan dan perbezaan sesebuah keluarga.

Pada tahun ini, Watsons sekali lagi tampil dengan iklan raya menarik berlatarkan tahun 2075, memaparkan Nabil Mahir dan Ayda Jebat pulang ke kampung menaiki kereta terbang ke bulan.

Tampil dengan barisan artis terkemuka Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin,  Hassan dan Dolla, Jinnyboy filem pendek raya ini pasti membuatkan raya anda luar biasa!

Kejutan luar biasa Watsons di Pavilion 3D Screen

Selain itu, Watsons juga mempunyai kejutan istimewa yang bakal dipaparkan menerusi skrin LED di Pavilion Kuala Lumpur sempena raya tahun ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri animasi 3D yang hebat tidak lama lagi serta kunjungi kiosk watsons dengan pameran foto reka bentuk futuristik di Pavilion Connection. 

Lebih menarik, hadiah percuma menanti pengunjung yang bermain permainan disediakan. 

Image

Paling menarik, Watsons turut melancarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk item terpilih sempena bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

Pelbagai item boleh dipilih melalui e-katalog Watsons, sementara stok masih ada.

Ganjaran Luar Biasa dengan pembayaran GrabPay

Image

Mulai 5 April sehingga 30 Mei ini, ahli Watsons berpeluang memenangi pelbagai hadiah apabila membeli-belah di Watsons dengan GrabPay. 

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM100 ke atas di kedai atau secara dalam talian dan membuat pembayaran menggunakan GrabPay serta imbas kod QR di atas untuk menyertai peraduan. 

Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai melebihi RM3 juta seperti telefon pintar dan aksesori OPPO serta hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Myvi 1.3G! 

Klik di sini untuk mengetahui hadiah hebat lain yang bakal anda menangi dalam peraduan ini.

Image

Selain daripada hadiah bernilai sehingga RM3 juta, anda juga dapat menikmati diskaun RM10 sekiranya berbelanja RM100 ke atas apabila menggunakan GrabPay sebagai kaedah pembayaran di Watsons* bermula dari 5 April hingga 30 Mei 2022.

Klik di sini  untuk mula membeli barangan raya anda.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Terhad kepada 10,000 transaksi di kedai dan 6,000 transaksi dalam talian.

Image

Di samping itu, dengan perbelanjaan minimum RM80 dan ke atas dalam satu resit, anda juga layak mendapat sampul raya dan baucar percuma bernilai sehingga RM5,000.

Bahkan, jika anda pembelanja tertinggi Elite (ahli Watsons Elite), anda bakal menerima hadiah eksklusif set penjagaan diri Naturals yang bernilai sehingga RM80!

Image

Bersedia untuk mendapatkan semua keperluan kesihatan dan kecantikan anda? Gunakan kesemua baucar ini untuk penjimatan melebihi RM260*.

Image

Tidak berakhir di situ, Watsons turut menawarkan potongan harga RM8 bagi pembelian bernilai RM120 untuk produk kosmetik dan pencuci muka. 

Anda juga akan mendapat minyak wangi Enchanteur Chic (8ml) secara percuma dengan pembelian minimum RM30 untuk produk komestik dan penjagaan kulit. Klik di sini.

Image

Selain itu, dengan pembelian minimum RM80 untuk mana-mana produk topeng muka dan penjagaan kulit, anda akan mendapat hadiah percuma iaitu Topeng Mata MegRhythm.

Anda juga dapat menikmati promosi Beli 1 Percuma 1 dan diskaun RM8 untuk setiap pembelian produk penjagaan kulit.

Image

Anda juga boleh hiasi rumah dengan koleksi dekorasi khas keluaran Watsons yang boleh dibeli di sini

Daripada set sarung kusyen bercetak emas sehingga pinggan hidangan porselin yang bergaya, anda boleh mendapatkan barangan premium ini semua di Watsons.

Jangan lepaskan peluang beraya luar biasa dengan Watsons kerana raya hanya datang setahun sekali. Klik sini untuk tonton video penuh promosi istimewa sempena Aidilfitri ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang promosi dan tawaran Raya Watson klik di sini.

Berita Harian X