Sabtu, 9 April 2022 | 5:39pm
Orang ramai membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Orang ramai membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pasar malam Jalan TAR kembali 'bernyawa'

KUALA LUMPUR: Peniaga pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menyuarakan kesyukuran kerana dapat kembali berniaga secara fizikal bermula hari ini.

Walaupun ramai mengakui terkesan kenaikan barang keperluan masakan terutama tepung, ayam, daging, namun realiti pahit itu terpaksa ditelan kerana keutamaan adalah dapat berniaga untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Peniaga samosa, Aliana Abdullah, 33 mengakui terpaksa menaikkan harga jualan 10 sen bagi setiap biji samosa daging dan ayam yang dijual keluarganya sejak 20 tahun lalu.

"Sebelum ini harga jualan adalah RM1.40 dan kali ini kami terpaksa jual RM1.50 berikutan peningkatan kos terutama ayam dan daging.

"Kami tak naklah mahal sangat kerana tidak mahu kehilangan pelanggan setia biarpun banyak bebanan kenaikan kos bahan mentah ditanggung," katanya ketika ditemui, hari ini.

Tinjauan penjualan kuih raya di Bazar Aidilfitri Jalan TAR. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Tinjauan penjualan kuih raya di Bazar Aidilfitri Jalan TAR. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pasar malam setiap Sabtu di Jalan TAR menjadi tumpuan ramai berikutan banyak gerai dibuka di sepanjang laluan itu. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Pasar malam setiap Sabtu di Jalan TAR menjadi tumpuan ramai berikutan banyak gerai dibuka di sepanjang laluan itu. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Pasar malam setiap Sabtu di Jalan TAR menjadi tumpuan ramai berikutan banyak gerai dibuka di sepanjang laluan itu.

Walaupun hujan dan ada gerai kelihatan kosong, pengunjung tetap ramai membeli juadah berbuka selepas membeli kelengkapan lebaran di kawasan sekitarnya.

Sepanjang dua tahun dalam pandemik, Aliana dan suami berniaga secara tempahan untuk menampung keperluan harian.

Peniaga kuih yang hanya mahu dikenali Rohana berkata, harga jualannya kekal iaitu RM1 bagi keria dan karipap pusing RM1.20 sebiji.

"Ini harga kami sejak sekian lama. Peningkatan harga barang memberi kesan tetapi kami gembira kerana dapat kembali berniaga Ramadan kali ini," katanya.

Orang ramai membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Orang ramai membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Tinjauan penjualan kuih raya di Bazar Aidilfitri Jalan TAR. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Tinjauan penjualan kuih raya di Bazar Aidilfitri Jalan TAR. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X