Khamis, 7 April 2022 | 12:58pm
Lokasi bot dinaiki tiga nelayan yang bocor sebelum tenggelam di perairan Pulau Kapas mengakibatkan tekong hilang manakala dua awak-awak selamat. - Foto Maritim Malaysia
Lokasi bot dinaiki tiga nelayan yang bocor sebelum tenggelam di perairan Pulau Kapas mengakibatkan tekong hilang manakala dua awak-awak selamat. - Foto Maritim Malaysia

Bot nelayan karam, tekong hilang

KUALA TERENGGANU: Seorang tekong bot nelayan dikhuatiri lemas di laut selepas bot dinaiki bersama dua lagi awak-awak karam di perairan Pulau Kapas tengah hari semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, dua awak-awak bot dapat diselamatkan dalam kejadian itu jam 12.30 tengah hari, kira-kira lapan batu nautika dari Pulau Kapas.

Bot dinaiki tiga nelayan yang dilaporkan karam di perairan Pulau Kapas mengakibatkan tekong hilang manakala dua awak-awak selamat. - Foto Maritim Malaysia
Bot dinaiki tiga nelayan yang dilaporkan karam di perairan Pulau Kapas mengakibatkan tekong hilang manakala dua awak-awak selamat. - Foto Maritim Malaysia

"Seorang lagi mangsa, Wan Mustapha Ayob berusia 62 tahun masih hilang. Usaha mengesan dan mencari mangsa diteruskan hari ini dengan bantuan nelayan tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

"KM Redang diatur gerak sejurus Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima maklumat bot nelayan tempatan kelas B dengan nombor pendaftaran TRF 1027 dilaporkan tenggelam di sekitar Pulau Kapas," katanya.

Ketika kejadian, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia 48 hingga 62 tahun itu sedang menangkap ikan dan maklumat diterima Maritim Terengganu kedua-dua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan.

Berita Harian X