Selasa, 5 April 2022 | 5:59pm
Peniaga, Norhayati Awang, menjual kuih-muih tradisonal Terengganu di Bazar Ramadan Batu Enam. Terdapat lebih 50 jenis kuih seperti nganang, akok, ulat bulu, puteri mandi, mas sejemput, tahi itik, kuih repok, tok aji serban, jala mas, tepung gomok, kuih kepal, lok lik, kuih beronok, slemang dan nekbat di bazar itu yang beroperasi seawal jam 10 pagi. - Foto GHAZALI KORI

Bazar Ramadan Batu 6 syurga kuih tradisional Terengganu

KUALA TERENGGANU: Bazar Ramadan Batu Enam di Kuala Nerus terus menjadi tumpuan penggemar kuih tradisional Terengganu.

Saban tahun, bazar berkenaan sentiasa dipenuhi pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menikmat ikuih muih tradisional seperti nekbat, tahi itik, jala emas dan tok aji serban yang hanya boleh didapati pada Ramadan.

Tinjauan mendapati terdapat lebih 50 jenis kuih seperti nganang, akok, ulat bulu, puteri mandi, mas sejemput, tahi itik, kuih rrepok, tok aji serban, jala mas, tepung gomok, kuih kepal, lok lik, kuih beronok, slemang dan nekbat yang dijual dengan harga antara RM2 hingga RM5.

Peniaga, Rohana Awang ,57, yang mula berniaga di bazar berkenaan sejak 10 tahun lalu dengan menjual pelbagai jenis kuih seperti paung goreng, lompat tikam dan rojak keling.

"Pada hari biasa saya berniaga di kedai di Tanjung tetapi apabila bulan puasa, saya ambil peluang berniaga di bazar Ramadan di sini.

"Sambutan memang menggalakkan kerana kuih-kuih ini memang ada peminat tersendiri," katanya.

Terdahulu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mereka sanggup datang ke bazar di sini semata-mata kerana mahu membeli kuih tradisional itu.

Ia berikutan kerana tidak banyak bazar lain yang beroperasi seawal jam 10 pagi di Terengganu.

Berita Harian X