Khamis, 31 March 2022 | 11:44am
Air Selangor memaklumkan kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching siap dilaksanakan pada jam 2.00 pagi tadi dan bekalan mula disalurkan secara berperingkat. - Foto hiasan NSTP
Air Selangor memaklumkan kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching siap dilaksanakan pada jam 2.00 pagi tadi dan bekalan mula disalurkan secara berperingkat. - Foto hiasan NSTP

Kerja baiki injap bocor di Warta Lama selesai

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching siap dilaksanakan pada jam 2.00 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Elina Baseri, berkata bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat dan tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

"Mohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki." Katanya.

Berkaitan situasi ini, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmiseperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berita Harian X