Isnin, 28 March 2022 | 7:31pm

Ribut di Ipoh, 5 kenderaan rosak dihempap pokok

IPOH: Lima kenderaan di kawasan parking di Medan Gopeng di sini rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat petang ini.

Video dan gambar kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan kenderaan terbabit dihempap pokok tumbang.

Tinjauan dilokasi kejadian mendapati beberapa kereta sudah dialihkan oleh trak tunda dan kelihatan beberapa kenderaan yang rosak lain masih berada di lokasi kejadian.

Seorang mangsa, Nurul Husna Tasnim berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang dan kenderaan Proton Saga miliknya rosak dihempap pokok. Dia hanya menyedari keretanya dihempap pokok selepas dimaklumkan oleh majikan.

Lima kenderaan di kawasan parking di Medan Gopeng, Ipoh rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat petang ini. - Foto Bomba
Lima kenderaan di kawasan parking di Medan Gopeng, Ipoh rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat petang ini. - Foto Bomba

Turut tular di media sosial kejadian ribut di kawasan Stesen Minyak di Desa Aman Pengkalan. Kelihatan beberapa khemah dan pokok di kawasaan itu tumbang dilanda ribut.

Beberapa kawasan di sekitar Ipoh terjejas akibat ribut petang tadi. - Foto Bomba
Beberapa kawasan di sekitar Ipoh terjejas akibat ribut petang tadi. - Foto Bomba

Tinjauan di kawasan perumahan Hala Pegoh Aman di sini turut didapati terkesan dengan kejadian ribut berkenaan. Atap beberapa rumah penduduk diterbangkan angin.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di tempat parkir di sebuah makanan segera pada jam 3.53 petang.

"Didapati sebatang pokok besar tumbang dan menghempap lima kenderaan jenis Waja, Saga BLM, Perodua Beza, Perodua Myvi dan Honda CRV.

"Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan,"katanya dalam kenyataan.

Lima kenderaan di kawasan parking di Medan Gopeng, Ipoh rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat petang ini. - Foto Bomba
Lima kenderaan di kawasan parking di Medan Gopeng, Ipoh rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat petang ini. - Foto Bomba
Berita Harian X